PENGUMUMAN

19hb Jun 2007
Kampung Musa telah dipilih oleh Universiti Kolej Tun Hussain Onn Malaysia untuk mengadakan program Mesra Sedesa 2007 dengan tema “Jati Diri Teras Warisan Unggul“ bermula 20 hb Jun 2007 sehingga 27 hb Jun 2007.

Sebanyak 80 siswa siswi terlibat dalam program ini dan turut disertai oleh 45 keluarga angkat yang terpilih. Pelbagai program telah diatur sepanjang program ini berlangsung.

Perasmian akan dilakukan oleh Y.A.B Menteri Besar Kedah yang juga ADUN Pedu pada 23 hb Jun 2007 pukul 3.00 petang. Bertempat di Sekolah Kebangsaan Pedu. Di harapkan semua warga Kampung Musa dan juga penduduk Mukim Pedu datang beramai-ramai sempena majlis perasmian tersebut.

Terima kasih.
 

-------------------------------

 

TAHNIAH KEPADA BELIA KG.MUSA YANG MENYEMPURNAKAN PENUBUHAN PERSATUAN BELIA 4B CAWANGAN KG.MUSA YANG DI RASMIKAN OLEH SAUDARA KAMEL BIN MUIN SELAKU PENGERUSI BELIA 4B DAERAH PADANG TERAP SEMALAM 12 HB MEI 2007 DI DEWAN KG.MUSA.

SEMOGA DENGAN TERTUBUHNYA PERSATUAN BELIA INI AKAN MEMBERI IMPAK YANG BAIK KEPADA PENGERUSI DAN SELURUH AHLI JKKK UNTUK MEMACU KAMPUNG INI KEARAH YANG LEBIH CEMERLANG LAGI.
 

-------------------------------

 

Pada 25hb. November bertempat di Kampung Kundang Kuala Langat Selangor, Kampung Musa telah dianugerahkan Johan Aspek Perniagaan Perindustrian dan Pelancongan Peringkat Kebangsaan sempena Anugerah Desa Cemerlang 2006 . Sijil dan hadiah kemenangan disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

 

Kampung Cemerlang

              Kedah Gemilang...


-------------------------------

 

Tahniah kepada Kampung Musa kerana menjadi Johan Pertandingan Keceriaan Kampung sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan ke -49 peringkat Daerah Padang Terap pada 14hb Disember 2006 bertempat di Pantai Merdeka Resort, Kuala Muda Kedah. Sijil dan hadiah kemenangan disampaikan oleh YAB Menteri Besar Kedah.

 

-------------------------------

 

Forum terpaksa di tutup buat sementara waktu kerana sebab2 tertentu.

 

-------------------------------