Perutusan

Ucapan Tahniah

Daripada YAB Dato' Seri Mahadzir bin Khalid

Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman

 

 

Assalamualaikum.

 

Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pengerusi, Ahli Jawatankuasa dan warga Kampung Musa Mukim Pedu diatas kejayaan memenangi Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Negeri Kedah baru-baru ini dan mewakili negeri Kedah dalam Pertandingan Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Kebangsaan.

 

Saya merasa bangga dan bertuah diatas kejayaan tersebut kebetulan Kampung Musa berada dalam Kawasan DUN Pedu. Saya percaya dengan kejayaan ini merupakan hasil permuafakatan, perpaduan dn kreativiti penduduk setempat dalah kunci kejayaan ini. Disini saya ucapkan tahniah kepada warga Kampung Musa diatas inisiatif mewujudkan laman web sendiri.

 

Dengan wujudnya laman web kampung Musa, ianya memberi maklumat tentang sosio ekonomi dan berbagai maklumat berkenaan Kampung Musa yang berada diluar dari negeri Kedah. Saya berharap Kampung Musa akan menjadi contoh kepada semua kampung-kampung dalam Negeri Kedah supaya memperingkatkan lagi produktiviti masing-masing untuk menjadikan Kedah Gemilang di masa depan seterusnya merealisasikan Wawasan 2020.

 

Akhir kata, saya mendoakan kepada Allah s.w.t semoga warga Kampung Musa akan terus cemerlang dalam menjayakan agenda memaju dan memanfaatkan produktiviti kampung ini seterusna menadikan "KEDAH GEMILANG".

 

 

 
 
 
   

 

   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   

 

Hakcipta Terpelihara © 2006 www.kampungmusa.com